Sebagai manusia, kita harus mengamalkan sikap toleransi, berprinsip, menjaga etika moral dan jangan memburukan orang lain dengan niat yang jahat demi cita-cita kepentingan sendiri.

Dalam politik tiada istilah kawan atau musuh yang kekal buat selama-lamanya. Musuh boleh kerjasama jika mereka ada halatuju atau agenda yang sama ataupun musuh yang sama (The Common Enemy). Begitu juga setiakawan harus dijaga demi mencapai matlamat pasukan bukan agend peribadi.

Jangan kerana politik kita hilang kawan, atau bersekongkol dengan musuh demi mahu sesuatu agenda yang hanya menang “Solo”.

Susah untuk membuktikan seseorang itu setia sebab ada yang akan berubah kesetian jika ada habuan, tawaran atau kompromi dengan prinsip. Kesetiaan hanya la boleh dibuktikan antara satu sama lain pada waktu kita susah dan melalui cabaran.

“A friend is someone who knows all about you and still stay loyal and faithful”.

Apabila kamu berjaya, Jangan lupa orang yang bersama anda apabila kamu melalui tahap yang sangat “down”.

Perbedaan antara teman dan sahabat adalah; Teman biasa adalah seseorang yang hanya mengenalmu. Namun sahabat adalah ia yang mengenal kebaikan dan keburukanmu, namun tetap menerima dengan apa adanya.

Good friends always stick together.