Perasuah Negara Masih Bebas & Berpolitik tapi ANAK MUDA Dihina Terjebak Rasuah Sebab Gaji Rendah?
Kita masih mendengar kisah 1MDB dalam media sosial dan berita hampir setiap hari. Bekas Perdana Menteri Malaysia didapati bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, membabitkan RM42 juta dana SRC International.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Najib Razak bagi setiap tiga pertuduhan CBT dan tiga kes pengubahan wang haram serta penjara 12 tahun dan denda RM210 juta atau penjara lima tahun, bagi satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukan.
🚩Masih ada yang percaya Najib Razak tidak bersalah atau menyalahgunakan WANG RAKYAT- 1MDB.
Rakyat mengeluh, membuat aduan dan rasa susah dan resah atas kenaikan harga barang, harga rumah, harga
kereta (buatan Malaysia pun sama mahal), harga barangan runcit, kos kehidupan meningkat, kos pengangkutan awam, kos model perniagaan, Rakyat perlu jimat, ikat perut, kerja siang malam, ada yang buat dua pekerjaan demi menampung dan menyara keluarga.
Tapi diperingkat atasan, elitis dan orang politik hidup mewah, kita oleh lihat cara living style, lavish dan luxuries sungguh dari suami ke anak. Ada anak orang politik atasan dan anak bangsawan menuntut pendidikan di luar Negara tapi melaungkan “Martabatkan Bahasa” di tanah air. Hipokrit’
Lihat 2 kenyataan dibawah;
Pertama, bekas KSU Negara memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa mengikut pemahamannya syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditubuhkan untuk dijadikan dana politik kepada parti kerajaan ketika itu iaitu Barisan Nasional (BN) dan beliau turut sebut :
“SAYA JUGA TIDAK PERNAH BERTANYA DATUK SERI NAJIB KENAPA TIADA SEBARANG MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENASIHAT 1MDB DIADAKAN SEPANJANG TEMPOH SAYA MENJAWAT JAWATAN ITU DAN TIADA MANA-MANA WAKIL 1MDB MELAPORKAN KEPADA SAYA TENTANG OPERASI DAN PELABURAN YANG DIBUAT OLEH PIHAK SYARIKAT TERSEBUT”.
🚩Dalam bahasa mudah, makan gaji buta dan tiada tanggungjawab atas jawatan yang disandang.
Kedua, seorang pegawai Kerajaan yang menghina golongan anak muda dengan kata “ Gaji Rendah sebab itu anak muda terlibat dalam Rasuah! Najib Razak itu gaji RM1,500??
Rasuah adalah punca dari ketamakan manusia dan individu yang hendak melakukan sesuatu yang melanggar undang-undang. Analisis lebih 20,000 maklumat berkaitan rasuah diterima Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara 2013 hingga 2018 mengenal pasti sembilan punca rasuah dengan 80 peratus daripadanya disebabkan kegagalan pentadbiran, konflik kepentingan, kelemahan kawalan dalaman dan ketidakpatuhan serta kurang ketelusan.
BUKAN SEBAB GAJI RENDAH PUNCA ANAK MUDA TERJEBAK DENGAN RASUAH.
Laporan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 turut mendedahkan punca rasuah berlaku ekoran kurang sokongan dan kesedaran rasuah, kerenah birokrasi, kurang pengesanan awal, kurang usaha mencegah rasuah dan kelemahan penguatkuasaan.
Anak muda harus dididik dan memberi peluang yang setaraf dengan kebolehan mereka, peluang pekerjaan dengan gaji yang setimpal, peluang untuk menceburi dalam semua bidang. Kerajaan juga harus peka dan tahu kelebihan sektor yang akan membawa pulangan yang besar kepada ekonomi Negara.
Industri yang seharusnya diperkasakan adalah Industri pertanian moden, agro (Modern Farming) Ekonomi Digital- Digital Financing. Dasar ekonomi yang Pro-Rakyat, kurangkan atau hapuskan birokrasi terutamanya dalam sektor perniangaan.
Jauhkan politik dalam bidang perniangan, Pendidikan, kebajikan Rakyat, peluang berdasarkan merit dan kelayakan.
Malaysia adalah Negara yang kaya dengan limpah kurnia Tuhan dengan pelbagai hasil sumber dan kelebihan, malah kita tidak mempunyai pemimpin yang cerdik pandai untuk menguruskan dengan baik.
RASUAH ORANG ATASAN PUNCA KEMISKINAN DAN KESENGASARAAN RAKYAT BAWAHAN.
R. Yuneswaran
#RasuahDihinaMaruahDibina
#RasuahBuster