Pagi tadi saya ke pasar borong pandan untuk membeli barang basah dan sambil memantau harga barang.
Harga ayam di pasar borong mencecah sehingga RM14.00 sekilo, di kedai runcit berhampiran kawasan perumahan harga ayam mencecah RM 20.50 sekilo. Bukan sahaja ayam tapi harga ikan, sayur, daging merata-rata harga telah naik.
Kalau ini lah trend maka kita akan ada krisis bekalan makanan tidak lama lagi. Kebanyakan subsidi dimansuhkan, beban harga kos ditanggung oleh peniaga dan Rakyat.
Menteri KPDNHEP mungkin menternak ayam sendiri maka dia tidak akan rasa kenaikan harga di pasaran dan kos makanan yang meningkat secara mendadak.
Harap kerajaan boleh runding dan bincang dengan tokeh-tokeh besar yang mengawal harga pasaran barangan keperluan khususnya makanan untuk menyelesaikan masalah peningkatan harga.