Satu keputusan yang sukar tapi kemenangan untuk semua.
Saya yakin dengan kebijaksanaan pucuk pimpinan PH yang telah bersetuju dengan Keadilan untuk mengunakan logo sendiri manakala DAP dan AMANAH menggunkan logo PH. Sudah tentu bukanlah perkara mudah untuk mencapai suatu keputusan yang boleh memuaskan semua pihak tapi kita perlu ingat strategi kemenang dan sentimen akar umbi sangat penting dalam mana-mana keputusan lagi-lagi PRN Johor.
Logo KEADILAN pernah mencipta sejarah dalam PRU 14 dan logo ini telah diuji. Begitu juga logo PH diuji dalam beberapa PRK dan PRN. Kita dapat nilai hasil dipenghujungnya.
Waktu PRN Sabah, rakan komponen kita DAP menyarankan gunakan logo masing-masing di PRN Sabah. Maka itu satu keputusan yang dibuat oleh Majlis Presiden dan kita sebagai anggota akur keputusan dan kebijaksaan Sdr Anwar Ibarahim, Sdr Lim Guan Eng dan Sdr Mat Sabu. Sudah tentu rakan komponen ada hujah-hujah untuk mempertahan strategi logo sendiri di PRN Sabah.
Kali ini dalam soal PRN Johor, KEADILAN menyarankan gunakan logo sendiri dan telahpun dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Presiden PH. Ini adalah satu suntikan semangat bagi anggota keadilan kerana suara akar umbi didengari oleh pucuk pimpinan parti dan terima kasih kepada Presiden Dato Seri Anwar Ibrahim. Sudah tentu bukan suatu perkara yang mudah untuk “convince” rakan-rakan komponen PH di peringkat Nasional tapi kita sekali lagi yakin dengan kebijaksaan pucuk pimpinan PH.
Kita perlu tanya soalan “Why we can Win/ Why We Has to Win/ What is Missing” maka kita boleh tumpukan kepada strategi untuk menang Johor.
PH Johor telah berjaya menyelesaikan rundingan kerusi dengan cara yang baik berasaskan formula menang Johor dan mencapai satu muafakat demi menjaga semua pihak serta pengagihan yang saksama mengikut kekuatan jentera dan akar umbi.
PH kekal intact, perbedaan pandangan tidak bermaksud kita bukan sekapal. Ayuh kita bersatu dan rapatkan saf untuk kebaikan bersama demi Bangsa Johor.
R. Yuneswaran