Terima Kasih kepada seluruh jentera AMK serta anggota parti yang telah membantu PRN Johor. Tahniah saya ucapkan kepada rakan-rakan AMK KEADILAN yang bertanding dan yakin anda telah membuat yang terbaik sepanjang proses kempen malah sebelum Itu lagi walaupun kemenangan tidak berpihak pada kita pada PRN kali ini.
Menang atau kalah adalah adat dalam persaingan, yang penting adalah teruskan agenda parti dan kepentingan Rakyat seharusnya menjadi keutamaan.
Parti harus membuat kajian dan analisa secara keseluruhan untuk membuat persediaan pada masa akan datang. Perlu ubah kaedah dan cara pendekatan dengan masyarakat serta strategik politik.
Tahniah saya ucapkan kepada 56 Wakil Rakyat Johor yang telah dipilih oleh Rakyat Johor semalam. Jaga kepentingan Rakyat, menyelesaikan masalah dan membangunkan Ekonomi Negeri Johor harus menjadi keutamaan. Jauhi gejala politik melampau yang akan memudaratkan pentadbiran.
Asas dan mustahak adalah Rakyat yang telah keluar mengundi dan memilih Wakil Rakyat di kawasan masing-masing. Jangan kita hanya mengundi dan terus lupa tanggungjawab 5 tahun akan datang, sentiasa membuat semak & Imbang dan menegur Wakil Rakyat jika mereka gagal atau tidak menyelesaikan masalah tanpa mengira latarbelakang parti. Jangan biarkan mereka selesa dengan kedudukan, pastikan mereka menunaikan tanggungjawab sebagai YB di kawasan anda.
Tahniah saya ucapkan kepada Sdr Arthur Chiong yang telah dipilih sebagai Wakil Rakyat Keadilan bagi kawasan Bukit Batu. Pemimpin yang berjiwa Rakyat akan memikul tanggungjawab bersama demi kepentingan Rakyat dan Negeri.
Kita harus kekal istiqamah, bertekad dan teruskan usaha untuk mendekati Rakyat serta meyakinkan mereka bahawa KEADILAN sentiasa membawa aspirasi dan peka terhadap suara Rakyat.
Terima Kasih semua.