Hari ini, kami dari AMK Johor telah membuat satu laporan polis terhadap kes kematian dalam tahanan A. GANAPATHY.
Berdasarkan berita Malaysiakini 30 April 2021 pendedahan yang dibuat oleh peguam keluarga A. GANAPATHY bahawa laporan jabatan pathologi mendapati beliau matiakibat cedera teruk di kaki dah bahu.
Kami mendesak Dato’ Seri Hamzah Zainudian selaku Menteri KDN untuk menubuhkan satu pasukan khas untuk menyiasat secara terperinci punca-punca kematian beliau dan mengambil tanggungjawab penuh dalam kes ini secara khususnya melibatkan hak asasi manusia.
“Jika dakwaan bahawa beliau telahpun cedera sebelum direman bukankah sepatutnya beliau harus diberi rawatan terlebih dahulu sebelum ditahan selama 12 hari”.
Kami dari AMK Johor juga mendesak kerajaan menubuhkan Independent Police Complaint & Misconduct Commission Act (IPCMC) untuk mengekalkan integriti dan keyakinan Rakyat terhadap PRDM dan wujudnya sistem semak dan imbang dalam pengurusan kes. Ini juga penting bagi memastikan badan polis bebas dari segala salahlaku.
“Everyone is innocent until proven guilty by the court of law”.
Kami mengucapkan Takziah kepada Keluarga mendiang A. Ghanapathy, harap mendapat Keadilan untuk beliau.