Sayap anak muda sangat penting dalam sesebuah parti Politik. Mereka adalah pelapis dan pemimpin yang akan terajui parti dalam masa yang akan datang. Kekuatan parti juga terletak pada sayap anak muda yang menjadi tunggak kekuatan.

Masih ramai yang kekal dalam perjuangan Keadilan adalah sebab mereka sayangkan parti dan perjuangan agenda Reformasi. Masih ada yang kekal setia tanpa mengharapkan apa-apa walaupun mereka layak.

Walaupun kecewa dengan sikap segelintir yang lupa diri waktu berkuasa dan abaikan rakan seperjuangan apabila duduk diatas kerusi yang selesa tapi kita masih kekalkan persahabatan dan menghormati mereka sebab kita orang Keadilan.

Persahabatan bukan tentang harta dan kekuasaan, tetapi persahabatan adalah tentang kebersamaan dan kesetiaan. Persahabatan tidak pernah diajarkan di sekolah, tetapi apabila kamu belum memahami makna persahabatan, itu bermakna kamu belum memahami erti kehidupan.

Jangan sebabkan kuasa kamu lupa diri, kuasa tidak akan kekal selamanya, jangan aibkan orang lain sebab kamu mahu mencapai sesuatu, jangan fikir bagaimana mahu menjatuhkan seseroang kerana apa yang ditakdir akan tetap menjadi nyata, jangan rampas apa yang bukan milik kamu kerana ini semua hanya la sementara di dunia.

Anda akan diuji dengan pelbagai cabaran, anda akan dimaki sebabkan kamu tidak kompromi nilai dan prinsip, anda akan dibenci sebab kamu jujur, anda akan ditolak sebab kamu tidak bersekongkol mereka. Kalau semua ini benar maka kamu ada di jalan yang betul.

“Be honest to yourself, be a trustworthy leader, be a compassionate comrades and fear no one except the Creator”.