Mesyuarat Cabang Tebrau yang pertama selepas Ketua Cabang baharu Sdr.Teoh Eng Yoon dilantik. Cabang Tebrau masih kukuh termasuk sayap AMK & Wanita dengan Jawatankuasa yang lama dan baharu yang telah dilantik.

Keadilan Cabang Tebrau akan tumpukan program-program kemasyarakatan, penambahan ranting-ranting baharu, anggota serta memantapkan jentera PRU.

Kami yakin panji Keadilan akan menjadi pilihan rakyat Tebrau pada PRU akan datang. Saya ucapkan terima kasih kepada Tuan Pengerusi MPN YB Syed Ibrahim yang turut hadir pada malam ini untuk memberi semangat kepada cabang Tebrau.

Tahniah diucapkan kepada semua AJK yang dilantik untuk memantapkan organisasi cabang Tebrau.

Membujur lalu melintang patah.