Sepanjang PKP ini, saya meluangkan masa dengan membaca buku. Saya ingin berkongsi beberapa petikan dari buku berjudul “Sang Penguasa” oleh Machiavelli. Buku ini diterbitkan pada tahun 1532 tetapi ia masih releven untuk politik semasa.

“Kerajaan baharu mempunyai pelbagai masalah dan rintangan. Kerajaan baharu hasil daripada rampasan selalunya akan berdepan dengan masalah yang sering dialami oleh mana-mana kerajaan baru iaitu Rakyatnya akan mengangkat penguasa baharu kerana mereka percaya keadaan ini akan menguntungkan mereka. Tetapi hakikatnya, selepas itu mereka akan mengangkat senjata untuk menentang penguasa baharu tersebut kerana rasa tertipu dengan pemerintahannya yang mereka melihat kehadiran pemerintah baharu itu membuatkan keadaan menjadi lebih buruk.

Keadaan buruk ini akan membuatkan penguasa baharu membebankan para pengikut setia. Pelbagai kesusahan lain muncul yang penguasa baharu ini perlu hadapi. Pemerintah akan mempunyai musuh iaitu orang yang dia sakiti ketika usaha untuk mengawal huru-hara dalam kerajaan tersebut. Pemerintah juga tidak akan mampu untuk mengekalkan rakan-rakan sekutu yang telah membantu dia untuk berkuasa kerana telah tidak mampu lagi memberikan apa yang mereka jangkakan dan sepatutnya dapat setelah dia berkuasa. Dia juga tidak mampu menjatuhkan hukuman yang keras ke atas rakan-rakan sekutu kerana dia rasa terhutang budi untuk mendirikan kerajaan rampasan.

Kestabilan Negara bukan bergantung kepada kecekapan pemerintah semata-mata, tetapi turut dipengaruhi oleh faktor di luar kawalan pemerintah seperti sifat Rakyatnya sendiri. ” Kerajaan rampasan tidak akan kekal lama, kerana untuk mewujudkan sebuah Kerajaan Rakyat, ia perlu dibina atas prinsip, integeriti dan ketelusan bukan secara penipuan dan pengkhianatan.

Rakyat boleh menilai sendiri, bahawa adakah kerajaan ini berasaskan kemahiran atau berasaskan tuah.