Sekampit beras adalah perkara kecil bagi yang berada tetapi buat nenek ia adalah rezeki yang lebih dari yang Maha Esa. Seribu makna boleh dilihat dan dirasai dari tangisan Nenek Zainon.
Nenek Zainon dilahirkan pada 1932 yang masih tinggal di sebuah kampung terpencil di kala pembangunan di Johor Bahru. Beliau yang berumur 88 tahun hidup sebatang kara dan jirannya sahaja tinggal di kampung ini. Ketabahan nenek ini mengharungi dugaan hidup sejak kehilangan suami dan dua orang anaknya tidak mampu digambarkan.
Nenek mencucurkan air mata dengan suara yang tersedu-sedu berkongsi kenangan beliau sewaktu membina rumah yang didiami bersama arwah suaminya. Kini, tinggal hanya memori – memori bersama keluarganya yang mengubati kerinduan.
Saya telah berjanji kepada Nenek Zainon untuk memberi sedikit sumbangan tiap-tiap bulan.Walaupun sumbangannya sedikit yang dihulurkan tetapi amat bermakna kepada mereka yang kurang bernasib baik.
Kita harus menjaga Komuniti kita tanpa mengira latar, kaum dan agama.
Komuniti Kita, Tanggungjawab Kita!