Saya ingin mengunakan Pentas Rakyat ini untuk menyuarakan suara rakyat dan aspirasi Anak muda bermula dengan sebuah pantun.
Pohon Bernama Si Kayu Ara,
Pokok Tegap Berbunga Lebat,
Gabungan Khianat Kuasai Negara,
Rakyat Tertekan Ditimpa Musibat.
Saya yakin dan optimistik bahawa para pejuang reformasi kekal dengan semangat tinggi walaupun kita melalui pelbagai cabaran, dugaan dan sanggup melalui saat getir, harungi susah senang bersama mempertahankan parti dan perjuangan reformasi selama ini.
WE ARE HERE FOR THE CAUSE, WE MUST FIGHT TILL THE END FOR ALL MALAYSIANS.
DYMM YDPA bersama Raja Raja melayu telah menzahirkan kebimbangan terhadap kehidupan kelangsungan rakyat, ekonomi dan Pentadbiran Negara – kelemahan, incompetency of the PN Government. Kita memerlukan naratif dan wacana baharu dalam iklim politik di Malaysia. Walaupun kita bukan parti kerajaan yang memerintah tapi kita harus bergerak dan berkhidmat sebagai kerajaan -Government in Waiting.
Ujian kemenangan PH mencabar sekali, kemenangan telah mengkaburi kewarasan sesetengah pihak, hingga amanat perjuangan mudah dilupa. Malah ramai juga dari parti keramat ini lupa diri, lupa darat waktu memegang jawatan dan kuasa. Kuasa dan pangkat hanyalah sementara, tapi pegangan pada idealisme, berprinsip dan kesetiaan, itulah identiti sebenar kita dalam perjuangan ini.
KEADILAN harus tumpukan perhatian sepenuhnya dalam usaha membantu rakyat dalam membuat dasar dasar, program dan inisiatif untuk menunjukan bahawa keadilan adalah parti peduli kebajikan rakyat, sosioekonomi dan pembangunan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.
Ketua AMK telah mengusulkan dalam Kongres AMK Nasional agar bendera Keadilan menjadi logo mewakili Pakatan Harapan mendepani Pilihan Raya Umum yang akan datang untuk mengembleng kekuatan dan mengembalikan keyakinan rakyat. Usul itu adalah aspirasi dan pandangan anggota khususnya AMK. walaubagaimana pun, kami tetap akan akur pada keputusan parti demi matlamat yang lebih besar.
Kami anak muda, lantang bersuara, mengambil langkah drastik dan meluahkan perasaan kerana itu adalah ciri-ciri anak muda tetapi kami tetap menghormati pucuk pimpinan, parti dan akan mempertahankan parti ini dalam apa jua cabaran.
Tidak ada insan yang rela jati dirinya dilebur.
Anak muda memainkan peranan penting dalam membina sesebuah negara. Sejauh mana negara mampu dipacu juga akan diukur & dinilai pada tahap kesediaan anak muda berhadapan dengan pelbagai cabaran yang mendatang. Oleh itu, anggota parti khususnya dari kalangan AMK harus dilatih dan dilengkapi dengan pengetahuan dasar bagi pelbagai bidang misalnya sistem ekonomi, undang-undang, climate change, kesihatan awam, local governance, dasar luar negara untuk mengupas serta memberi penerangan kepada Rakyat dan menjadi pelapis pemimpin, bukan hanya jadi cybertrooper politik sahaja.
Kita dapat lihat ramai anak muda terkesan dengan hilang sumber pendapatan, pendapatan gaji rendah, peluang pekerjaan terhad dan amat merisaukan dengan kadar pengganguran yang kian meningkat khususnya dari kalangan anak muda. Mereka ini bukan sahaja kehilangan kerja atau terpaksa dipotong gaji, tetapi juga kehilangan cukup sumber untuk membayar pembelian dan/atau aset seperti rumah, kereta dan sebagainya. Kerajaan perlu mengambil langkah yang proaktif terhadap golongan terkesan usahawan muda, Mahasiswa, golongan atlet, seniman dan bidang-bidang yang melibatkan anak muda perlu dibela dengan kadar SEGERA.
“Kerajaan PN mungkin ada definisi yang berlainan dan confuse dengan perkataan SEGERA”
Kerajaan Perikatan Nasional telah gagal dari pelbagai aspek dan kita semua sedia maklum kandungan dalam Kenyataan Media dari Istana. Adalah bukti PN telah gagal menguruskan krisis kesihatan rakyat, gagal menguruskan ekonomi, lagi-lagi dengan MITI, Gagal menguruskan sistem pendidikan, gagal membuktikan mempunyai sokongan majoriti, gagal melaksanakan undi 18 yang telah diluluskan dalam parlimen pada 2019 dan gagal mengadakan sidang parlimen walaupun YDPA telah menyarankan untuk mengadakan sidang parlimen. Negara yang tidak mempunyai kerajaan yang sah dipanggil Negara gagal (Failed State) Ini lah keadaan PN sekarang.
Sedarlah, ekonomi negara kita amat tenat. Kita berada di ambang kemunduran. Rakyat sedang melalui kesukaran. Bukan sahaja B40, tetapi M40 dan T20 pun terkesan akibat kelemahan kerajaan PN. Dua hari yang lepas, Kita telah digemparkan dengan satu laporan berita dari Astro Awani yang menyatakan lebih 600 ribu isi rumah M40 tergelincir ke kategori B40. Ini perkara yang serius! Kerajaan mengumumkan pakej bantuan berbilion-bilion. Tapi apakah rancangan jangka masa panjang buat seluruh rakyat malaysia khususnya sumber dan kestabilan pendapatan. Masih tidak jelas dan kabur.
Sosio-ekonomi anak muda sangat terkesan akibat PKP, lockdown dan kerajaan tidak ada jalan alternatif dan pelan tindakan untuk membantu membangunkan ekonomi anak muda. Pada pengetahuan saya Menteri Belia & Sukan tidak membentangkan sebarang dasar atau langkah untuk membantu anak muda secara komprehensif.
Kerajaan juga perlu perluaskan sektor ekonomi lain seperti, sains teknologi dan inovatif. Sektor digital ekonomi, Modern farming dan sebagainya untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Sebagai alternatif, Keadilan perlu tampil dengan satu model ekonomi baharu yang berteraskan Ekonomi Rakyat Malaysia (ERM), yang bermatlamat memberi keadilan ekonomi kepada seluruh rakyat di samping membina negara yang stabil dan progresif. Model Ekonomi Rakyat in perlu membantu mengurangkan kadar pengangguran khususnya anak muda yang masih tiada pekerjaan.
Saya mencadangkan agar kerajaan negeri yang ditadbir oleh PH menyerap ataupun mengambil insiatif untuk mengurangkan kadar pengangguran nasional dengan memberi ruang & peluang kepada anak muda yang masih menganggur dan graduan yang mencari kerja berdasarkan tahap pendidikan, keterampilan dan tanpa mengira latar masyarakat.
Pembinaan bangsa berasaskan nilai-nilai bersama sudah pasti memerlukan mekanisme yang berkesan. Untuk itu pendidikan merupakan wahana “nation building” yang terbaik. Oleh itu, Kerajaan harus membuat dasar yang progresif dan melakukan reformasi dalam sistem pendidikan yang berteraskan nilai: nation building. Namun hakikatnya, sistem pendidikan kebangsaan kita kelihatan belum cukup mampu mengalas misi besar tersebut dibawah Kerajaan PN.
Pelajar menanti Peranti,
Yang Kita dapat Menteri MITI
Rakyat menanti Penganti,
Malang Mandat Rakyat Dikhianati.
Sayang Kelapa Ditebuk tupai
Pohon Melambai Indah Suasana
Akibat Covid Pelajar Terabai
Peranti Dijanji Entah Di Mana
Ada pula Menteri memperlekehkan pelajar dan memberi peranti yang kurang berkualiti. Dengan kata-kata “kita dah bagi makan sardin jangan gatal nak minta ayam? Apakah pelajar yang kurang bernasib baik atau miskin tidak layak menerima peranti yang berkualiti?
“Spending on Education is an investment not an expenditure”
Sebagai sebuah parti yang lahir dengan menyelami penderitaan rakyat, KEADILAN perlu kekal konsisten dengan prinsip perjuangan serta cekal mengangkat dan memartabatkan isu-isu rakyat. Kita yakin, satu hari nanti atau dalam masa yang terdekat, KEADILAN akan memerintah Negara ini dengan lebih baik jauh kedepan dengan kepimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
Sebelum saya mengakhiri perbahasan saya, saya ingin menyatakan kita sebagai sebuah parti masa depan, kita perlu ingat bahawa kekuatan kita adalah pada iltizam yang utuh mengangkat agenda reformasi sebagai suatu kerangka besar negara yang perlu kita sama-sama realisasikan Prinsip reformasi dan keadilan ini perlu sentiasa kita dukung, dan demokrasi mestilah kita pertahankan.
Saya Yuneswaran Ramaraj selaku Ketua AMK Johor dan wakil pembahas AMK Malaysia menyokong penuh ucapan dasar Dato Seri Presiden.
Sekian ucapan saya salam Reformasi dan selamat berkongres!