Pagi ini, saya bersama delegasi AMK mengadakan kunjungan hormat kepada YB Dr Maszlee Malik, Ahli Parlimen Simpang Renggam dan Mantan Menteri Pendidikan Malaysia.
Dr Maszlee Malik telah berkongsi perkembangan gerak kerja khidmat beliau sebagai ahli parlimen Simpang Renggam serta program kesedaran pendidikan nasional yang dibawakan oleh beliau melalui Inisiatif “Untuk Malaysia”. Beliau turut berkongsi dasar-dasar baharu, inisiatif yang telah dilakukan waktu beliau selaku Menteri Pendidikan.
Kita juga telah berbincang satu cadangan program AMK Johor bersama pejabat Dr Maszlee iaitu “Jelajah Education For All” di peringkat Negeri Johor yang bakal diadakan untuk memupuk kesedaran kepentingan pendidikan kepada rakyat di Johor khususnya kawasan luar bandar, pelajar tercicir dan keluarga B40. Turut bersama dalam perbincangan inisiatif ini ialah wakil daripada NGO Mahasiswa KARISMA Malaysia.
Kita sebagai Anak Muda, jangan dipengaruhi dengan politik lampau atau mempolitikan semua perkara khususnya terlibat kepentingan Rakyat umum.