Hi Semua, semoga hari anda menjadi lebih baik dan murah rezeki.
Kita semua sibuk dalam menguruskan aktiviti harian, ada yang kerja, meniaga, studies atau politik. Sibuk manapun jangan lupa untuk meluangkan masa dengan ahli keluarga dan orang yang rapat dengan kita. Apa jua bidang yang kita ceburi atau kerjaya yang kita kejarkan, masa yang kita ada akan tewas dengan wang ringgit. Masa kita tidaklah lama sangat di dunia ini.
Kurangkan atau jauhi tabiat yang boleh memudaratkan kita atau orang kesayangan di sekeliling kita. Sentiasa membantu orang yang memerlukan bantuan, mungkin ada yang memerlukan bantuan material mungkin ada yang mahu suara mereka didengari atau pun berikan kata-kata semangat.
Jangan kita hilang jati diri, prinsip dan nilai kita demi mengejar sesuatu yang belum tentu kita akan dapat menguasai atau mencapai. Masa silam sentiasa menjadi pedoman dan mengajar supaya kita lebih berhati-hati apa jua kita buat, masa depan belum tentu cerah atau boleh mencapai kalau kita tidak bersedia dari sekarang. Gunakan masa yang kita ada untuk membina masa depan yang kita inginkan. Terus berusaha, cekal dan berdikari, yang penting jangan give up.
Kita harus menjaga akhlak walau apa pun situasi berlaku yang boleh menguji kesabaran kita. “Sabar itu separuh daripada iman”. Jangan kita kejar sesuatu yang kita tidak mampu memikul, politik ini bukanlah kerjaya untuk semua orang atau kita akan kekal selama-lamanya.
Politics is not everyone’s cup of tea.
Walaupun kini saya dalam bidang politik dan menganggotai sebuah parti tapi saya masih ada rutin harian saya dengan business, family dan jumpa members untuk kopi. Priority oriented.
Sow a good seed and you will harvest plentiful and handful blessings. Keep your heart right, walk righteously and do not belittle or speak evil about others for your cunning unsatisfiable pleasure. The more we grow older the more wiser and wisdom we become. Do good even they are your prominent enemies because doing good must be your nature not as a trait. ❤️