Saya tertarik dengan infografik Menteri MITI.
MITI peduli tentang 2.8 juta Rakyat sahaja?
Berdasarkan DOSM, jumlah populasi di Malaysia adalah 32.75 juta. Komposisi jantina lelaki adalah 16.83 dan wanita 15.92. Usia 65 tahun ke atas adalah 2.36 juta dan berumur 0-14 tahun adalah 7.16 juta.
Angka dan data memainkan peranaan penting apabila kita mengulas atau berhujah sesuatu isu. Oleh itu, adakah MITI hanya peduli tentang 2.8 juta Rakyat sahaja berbanding 32.75 juta? Tidak menafikan bahawa pendapatan khususnya yang berkerja sendiri itu penting dan perlu dibela tapi apakah langkah PKP 3.0 dan pematuhan SOP akan menjamin pendapatan mereka tidak terjejas?
Bagaimana pula dengan kesihatan Rakyat yang akan terjejas akibat jangkitan? Dengan pelbagai komplikasi dalam system vaksin dari Pendaftaran sehingga temujanji ( Belum selesai isu jenama vaksin-1st come 1st get).
Semalam Pengarah Kesihatan DR. Norhisham menyatakan bahawa faktor sumbangan peningkatan kes harian dari cluster tempat kerja. “Sejak bermulanya pandemik COVID-19 pada 25 Januari 2020 sehingga 26 Mei 2021, sebanyak 1,085 kluster tempat kerja telah dilaporkan dengan jumlah 129,322 kes. Namun kebelakangan ini, terdapat peningkatan tren kluster tempat kerja yang semakin membimbangkan”.
Laporan kluster tempat kerja sejak pelaksanaan PKP 3.0 bermula pada 12 Mei 2021 Sebanyak 115 kluster tempat kerja dengan 5,392 kes telah dilaporkan di antara 12 Mei 2021 sehingga 26 Mei 2021 ( PKP.3.0 dalam kuatkuasaan) di mana lebih separuh daripada jumlah tersebut melibatkan sektor pengilangan (62 kluster, 53.4 %).
Antara punca utama jankitan wabak ini adalah apabila tidak mengamalkan penjarakan sosial termasuk di tempat kerja dan dimana-mana sahaja tapi bagaimana hendak dielakan kalau mereka dibenarkan berkerja? Bukan mudah untuk mengawal individu di tempat kerja, jangkitan berlaku bukan di tempat berkerja sahaja tapi dalam perjalanan ulang-alih dari tempat kerja ke rumah dan ia juga akan boleh menjangkiti ahli keluarga yang lain.
Apa yang MITI patut buat?
Apa yang kerajaan perlu buat?
Apa yang rakyat perlu buat?
Mudah, Kerajaan perlu laksanakan total lockdown untuk 14-21 hari dengan bantuan kewangan. (Moratorium. I-Sinar, GKP, tangguhkan pembayaran untuk 3 bulan. Pada masa yang sama KKM boleh percepatkan proses suntikan vaksin.
Mungkin MITI mahu defen bahawa Total lokdown akan menjejaskan ekonomi! Untuk makluman, Pengerusi Maybank, Tan Sri Zamzamzairani mengumumkan bahawa Maybank catat untung bersih suku pertama RM2.39 bilion.
Pautan https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2021/05/821361/maybank-catat-untung-bersih-suku-pertama-rm239-bilion
Ini hanyala satu bank belum lagi yang lain-lain.
Hari ini Singapura telah mengumumkan pakej ransangan untuk membantu sector Ekonomi-SME sebanyak S$800 juta.
Status Kes harian : Hari ini jumlah kes adalah sebanyak 30.
https://www.channelnewsasia.com/news/singapore/jobs-support-scheme-covid-19-phase-2-rental-retail-gyms-14903738
Jumlah kes hari ini adalah 8290 dan tidak mustahil akan meningkat sehingga 10 ribu dalam 3-4 hari lagi. Hari ini adalah hari ke-14 PKP3.0 tapi tiada tanda positif penurusan kes jangkitan covid19.
Jika ekonomi terjejas insyallah boleh dipulihkan semula, nyawa tiada ganti, apa salahnya kerajaan melaksanakan lockdown minggu. Lepas pulih covid kita bina Negara dan ekonomi bersama-sama.
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.